June 3, 2026

Pengenalan

PENGENALAN KARNIVAL
ANJURAN: 
UNIT PENGURUSAN ASRAMA HARIAN SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH 

 PENGELOLA: 
UNIT HAL EHWAL MURID SEKTOR PEMBANGUNAN MURID 
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KENINGAU 
TARIKH PROGRAM : 8-10 OGOS 2025 
 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KENINGAU

Pendahuluan 

             Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk mengukuh dan menambah serta mengamalkan kemahiran dan nilai- nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah. Gerak kerja kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara terancang di pelbagai peringkat sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

            Program Karnival Sukan Dan Kesenian Asrama Sekolah Harian, merupakan inisiatif penting yang dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPSH KPM) dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk memberi peluang kepada murid asrama mempamerkan bakat mereka di samping membuat perkongsian kemahiran dan pengalaman yang ada pada murid untuk rakan-rakan mereka di setiap negeri. Pelaksanaan program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid untuk berkongsi kemahiran dan menimbulkan minat kepada setiap murid keistimewaan mereka berada di asrama Malaysia dan juga asrama harian.

Objektif Aktiviti

  1. Menyediakan platform pameran bakat yang lebih besar di peringkat kebangsaan kepada murid-murid asrama harian sekolah menengah dan rendah di setiap negeri untuk mengasah dan serlahan bakat dalam pelbagai cabang seni persembahan dan juga sukan.
  2. Menjadi medan bagi mempromosikan kemasukan murid ke Asrama Sekolah Harian bagi pengambilan tahun 2026 dan 2027.
  3. Menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap elemen Love, Respect, Happiness and Humanity (LR2H) dalam pendidikan dan meningkatkan pembinaan jati diri dan kemenjadian murid.
  4. Menonjolkan bakat dan potensi daripada aspek sukan dan permainan dalam kalangan murid asrama sekolah harian.
  5. Sebagai satu penilaian PAJSK untuk setiap murid yang terlibat.